Tuesday, December 20, 2011

Cute cream puff !!!

Rindu nak makan cream puff !!!!
ni resepi jiran yang bagi..memang sedap dan menjadi
tapi saya yang buat tak cantik..maklumla tak profesional

 
 

lepas tu letak custard

lepas tu makan..nyum nyum




Friday, December 16, 2011

First time buat kopiah crochet

Masa time kelas Principal Management, tibe-tibe ade kawan cuit belakang bahu,
tibe-tibe request nak kopiah kait nak bagi anak sedara untuk raya haji
yup i know..entry ni dah basi..tapi nak letak jugak...
for surela hati menggeletik nak buat walaupun assignment berderet
tapi tak de pattern
nak design sendiri tak sempat
browse punya browse jumpa satu pattern dari amani
ni link nya kopiah kait

 tapi saya faham pattern tu sampai row 10 sahaja (sedih kan)..yang lain-lain tu men jalan sendiri je.

 tapi akhirnya berjaya jugak siapkan sebelum raya haji..
untungla anak sedara tu ade mak sedara baik nak bagi-bagi hadiah, hehehe

thanks amani for the pattern.
p/s: yang lain kalau nak cube pun boleh..senang je..cume pattern ni gune jarum kecik..
tangan agak lenguh ye nak siapkan.

Sunday, November 27, 2011

Oreo peach cheese cake


1) Campur aduk kan bahan untuk base (oreo+biskut)

2) Cream cheese :)

3) Masukkan orea dalam cheese yang dah diputar

4) Mampatkan dalam tray

5) Ratakan cheese

* Disebabkan resepi kek ni x menjadi, jadi tak letak kat sini...cheese tu rasanya masam mungkin tak cukup gula, atau pun kitaorang yang salah buat, lepas tu tak sanggup nak telan...

tibe-tibe datang idea nak susun buah peach atas kek dan curah air peach atas kek..hasilnya seperti dibawah

 * dan tibe-tibe kek ni jadi sangat sedap sampai tak semenggah cedok makan dari tray je..sedapnya kalau dapat makan sekarang.

Friday, November 25, 2011

Tutorial buat sayur jeruk

Mula-mula beli sayur ni, beli kat pasar malam je murah
kalau beli kat mall, memang mahal giler harga sayur ni
 
bersihkan dulu sayur, pastu potong-potongkan lebih kurang saiz macam dalam gambar

lepas tu jemur sampai layu sayur tu..macam gambar diatas

lepas tu rendam dalam air basuhan beras + garam (letak banyak, jangan sikit sangat)
jemur tengah panas, 2-3 hari (alih-alih kedudukan sayur)
kalau letak garam skit, nanti berkulat
lepas tu boleh simpan dalam peti ais.

masak asam pedas atau masak lemak..due-due sedap dengan sayur jeruk
sesetengah orang, basuh-basuh..terus ratah je..
ok bye..selamat mencuba.kalau ada yang tak faham..boleh tanya
resepi @ sumber : dari arwah moyang cho..

Tuesday, November 1, 2011

Blanket..Please keep me comfortable all night..

Bestnye kalau dapat selimut macam ni...tapi tak nak oink..oink kat selimut
teringin nak jugak
tapi lama kot baru siap  (berangan jela)
tidur pakai selimut best kan.
Bye.

Tuesday, October 25, 2011

Saya suka YARNS !!

gambar dari google

Entri ringkas je (scheduled plak tu, maklumla bz) 
nak elak blog dari bersawang macam rumah tak berpenghuni
idea untuk update banyak, tapi tak de masa ..huhu
kalau kat Malaysia ade orang jual benang macam ni, hari-hari lalu depan rumah
memang habisla duit belanja tiap-tiap bulan membeli benang je memanjang
tapi saya suka...YEAY !!!
(dalam hati berdoa suatu hari nanti ade orang jual benang macam ni,ha3 idea tak leh blah kan)
ok lah..bye.

Sunday, October 16, 2011

Apa yang orang ada, kita pun nak ada jugak

Di zaman wujud facebook ini, masing2 upload gambar mcm2 samada hobi atau benda kegemaran masing-masing. Oleh itu timbullah perasaan iri hati pada kepunyaan org lain..muahaha (gelak cm ape je)
& saya sangatlah minat pada :
  • warna ijau
  • bende-benda bewarna hijau
  • benda yg berwatakkan katak (bukan katak sebenar)
  • benda yang berwarna-warni
  • benda yg berwatakkan rama-rama (bukan yg sebenar)
 dan pada satu hari, terjumpa gambar ni di facebook kawan (cik cue) yg juga peminat katak
jadi hati ni meronta-ronta nak jugak..hahaha
tapi tak tau nak beli kat mana
fikir punya fikir (amigurumi yeay)
tapi nak muntah okay wt bnde ni
dekat 3 minggu br siap
tapi tak sama sangat pun
tapi ok la kan
pattern tak sempat nak tulis sebab main buat je, bila silap bukak, buat lagi
tapi kalau ade sape-sape berminat mungkin akan ditulis pattern nanti 

Friday, October 14, 2011

Rose & Flower Embroidery


Saje-saje je try sulam bunga rose kat blouse raya..he3
Hasil kerja tak kemas, bunga pun serabut2 secara rawak..tu la akibatnya kalau x lukis siap-siap dari awal

untuk pakai sendiri..ok la kan...

Wednesday, October 12, 2011

Mau bunga Melur?

Bila jalan-jalan depan rumah bau wangi je
tengok-tengok, cari punca, rupanya datang dari pokok melur ni
tengah gembire berbunga nampaknya
 umi kata lepas letak baja kat bawah ni, memang tak putus pokok tu berbunga, siapa berminat, boleh cari baja ni, murah je...3 keping RM10, berbaloi kan kalau halaman rumah bau wangi je



  
bunga ros pun sama, pucuk-pucuk baru banyak keluar dan mengeluarkan bunga

  saje letak entry berbeza dari biasa...kurangkan stress dengan melihat halaman rumah yg hijau dan menyejukkan mata :)

Wednesday, June 8, 2011

Teman baru...

Froggy & Puteh

Froggy dah ada kawan baru..he3
jalan-jalan kat taman bawak Puteh
tapi Puteh tetap bersedih juga..
tengokla, amik gambar pon tak nak senyum

kenapa Puteh?

maybe die ada mslh kot..tak pa, satu hari nnt, akn happy senyum lebar mcm Froggy jugak
bye.