Wednesday, March 21, 2012

Sesiapa berminat boleh join ~ Peraduan Ibuku Inspirasiku

Kalau ada sesiapa perasan,banner contest ni kerap jugak keluar kat blog ni,  jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak join, klik jela, boleh baca syarat-syarat dia...tapi saya amatlah malas mau join contest..tapi kat sini nak cerita jugak sedikit sebanyak inspirasi yang saya dapat dari umi ku sejak kecil lagi.


Saya start belajar benda-benda kraf ni sejak umur 15 tahun..tak la muda sangat, sebab umi saya tak suka tengok anak dia bersepah-sepah depan tv tengok tv semata-mata, tangan mesti jalan juga pada masa yang sama..time tu die keluarkan buku-buku design cross stich yang memang dah lama, barang-barag untuk jahit cross stich, tapi tu kan mana minat, saya kan masih budak-budak ~ budak-budak la sangat

belek-belek, at last saya jumpe design yang agak menarik perhatian, saya kan suka bunga, suka warna hijau, dan design cross stitch tu have both of it. start la jahit-jahit, masa cuti lepas PMR, of course tak siap, tapi tiap kali cuti sekolah, umi akan usaha keluarkan barang-barang tu, and at last, lepas habis SPM, siaplah MASTERPIECE pertama saya..YAHOO !!!, siap pergi jahit tepi kat kedai, makcik tu pun pelik..hu3..ni gambarnya

3 tingkat tu, jangan main-main, pokok sakura dan nama tu design sendiri ye :)

lepas SPM, umi keluarkan pulak jarum knitting, time tu kait doll, dulu mane ade amigurumi-amigurumi ni (mungkin ada, tapi mana ade internet sangat time tu) sekadar rujuk buku-buku lama je..ada sepasang girl and boy, tapi due-due buta sampai sekarang, he3..malas nak amik gambar, ade kat umah tersandar je dalam almari..

lepas tu saya buat diploma, dah kurang buat kraf, almost macam stop terus, busy memanjang kan, sampaila saya habis diploma, ada cuti panjang, umi keluarkan balik barang-barang lama dia, then inspirasi tibe-tibe datang untuk buka kedai online yang ada sekarang ni, ~Sweet Craft Store~

Syukur sangat-sangat, sebab kerana usaha umi saya tu, sekarang :

1. saya dan pandai crochet, knitting, dan cross stitch, tatting belum lagi..
2. I can improve my english daily, because I have to read patterns in english :)
It's a good things right? Learning english while doing something you love :)
3. Saya dapat pendapatan melalui penjualan online walaupun tak berapa aktif kerana kesibukan..insyaallah lepas habis belajar ni, nak fokus betul-betul pada kedai 
4. Hubungan saya dan umi sangat rapat sebab dapat berkongsi minat yang sama.

~I LOVE YOU UMI~

No comments:

Post a Comment